Posted in Islamic

PRESIDEN REPUBLIK ISLAM IRAN; Ahmadinejad, hanya menundukkan sedikit kepalanya
tanda hormat tanpa menghulurkan tangan, apabila pemimpin wanita ini ingin berjabat tangan
dengannya. Itulah prinsip Islam yang cukup kemas dipegangnya – iaitu; lelaki dan wanita
bukan muhrim tidak boleh sewenangnya berjabat tangan. Ahmadinejad sedikit pun tidak
merasa janggal atau malu untuk berpegang pada prinsip Islam. Bahkan dia sangat
berbangga dengan Islam yang dianutinya. Biarlah apa orang kata. Prinsip tetap prinsip.
Mungkin perkara seperti ini dipandang remeh oleh sesetengah orang. Tapi, bayangkanlah.
Kalau perkara “seremeh” ini pun beliau sangat bertegas, bagaimana pula dengan hal yang
lain? Atas ketegasan pada prinsip Islamlah, maka IRAN menjadi negara umat Islam yang
paling digeruni oleh Barat. Memang itu sunnah Allah. Umat Islam akan digeruni oleh
lawannya, hanya apabila mereka berpegang teguh dengan prinsip dan aqidah Islam itu
sendiri.
Siapakah yang patut berbangga dengan prinsip Islam kalau bukan umat Islam sendiri?
Bagaimana dengan kita?..................................









